Thursday, 7 June 2012

KEUNIKAN SANGKAR UNTUK HAIWAN KESAYANGAN ANDA

 PERUMAHAN UNTUK HAIWAN KESAYANGAN
  •   Saiz perumahan yang sesuai dengan keperluan asas bagi haiwan kesayangan yang telah dipelihara.

  •       Perkara yang perlu dititik beratkan pemilihan perumahan:

  1.      Ruang tempat tinggal yang selesa untuk berehat ,makan,main,dan minum
  2.      Udara dan cahaya yang cukup untuk mengelakkan berbau busuk.
  3.      Terlindung daripada hujan ,panas dan gangguan persekitaran.
  4.      Permukaan lantai simen atau binaan yang mudah untuk kerja-kerja penjagaan dan pembersihan.
  5.      Mudah dibina daripada bahan yang diperloleh dari pasaran.   

Jenisjenis sangkar


Sangkar Gantung

Sangkar Beroda dan Mudah Alih

Sangkar Kecil dan Mudah Diambil

Sangkar Kekal dan Bersaiz Besar

Wednesday, 16 May 2012

JENIS SIMPTOM- SIMPTOM PENYAKIT YANG MENYERANG HAIWAN PELIHARAAN



1)Simptom –simptom penyakit yang menyerang haiwan kesayangan.

  • Haiwan tiada selera makan.
  • Haiwan akan mengeluarkan suara yang berlainan.
  • Haiwan kesayangan akan menunjukkan kesakitan.
  • Kecederaan fizikal seperti luka,tempang , atau lumpuh.
  • Perubahan tingkah laku  garang ,murung,takut dan senyap.
  • Najisnya terlalu keras dan cair.
  • Bulunya menjadi kering dan meremang.

 2)Penyakit –penyakit ini mungkin berpunca dairipada faktor- faktor yang pelbagai antaranya makanan,persekitaran,jangkitan daripada haiwan lain atau pengurusan dan penjagaan yang tidak betul.

3)Merawat haiwan kesayangan yang berpenyakit
  • Rawatan yang diberikan melibatkan penggunaan ubatan dan vaksin yang sesuai mengikut jenis penyakit.
  • Vaksin dan ubat ini boleh diambil dengan cara suntikan ,minuman,makanan,atau kaedah lain yang sesuai.
  • Jenis penyakit dan rawatan yang perlu diberikan :


Jenis penyakit
Rawatan
Selsema
Memberikan antibiotik dan vitamin
Diarea
Memberikan ubat kaolin atau antibiotik
Demam
Memberikan antibiotic secara suntikan atau oral
Kutu
Memandikan dengan syampu atau ubat kutu
Luka
Menyapu luka dengan iodin ,krim serta antibiotik
Cacing
Memberkan ubat cacing secara oral
Sakit mata
Memberikan suntikan antibiotik dan menyapu ubat mata



Letih....sakit kaki...


Sunday, 13 May 2012

KESELESAAN HAIWAN KESAYANGAN ANDA !!!

alamak glamornya i...



ermmm...letihnya main....
  

 Anda mesti ingin melihat haiwan kesayangan anda sentiasa berada dalam keaadaan cergas dan aktif... jadi disini terdapat beberapa tips untuk menjadikan ia sebagai realiti...


  1. Tempat riadah->Taman yang sesuai untuk haiwan anda beriadah atau bermain.
  2. Alatan yang boleh menguji minda haiwan tersebut contohnya kucing alatan-bola,tali sebagainya.
  3. Melatih haiwan kesayangan dengan arahan secara lisan ,isyarat atau melalui perbuatan.
Wah..udara segar ditaman niee...

Saturday, 12 May 2012

Friday, 11 May 2012

MAKSUD HAIWAN KESAYANGAN

1) MAKSUD HAIWAN KESAYANGAN.

Haiwan kesayangan bermaksud haiwan yang terpelihara di rumah dengan
penuh kasih sayang.

Haiwan kesayangan dapat dipelihara sebagai :
       i- hobi.
       ii- teman kepada manusia.
       iii- pertandingan atau pertunjukan.

Kepentingan ketika menjaga haiwan kesayangan

žKeselamatan diri pemilik haiwan tersebut adalah
penting ketika bermain dengan haiwan
kesayangan.

žAntara kecederaan dan penyakit yang menjangkiti
manusia.
        i- luka akibat dicakar ,digigit,atau dipatuk.
ii-gatal-gatal pada kulit ,alahan ,atau    serangan kulat.
iii- jangkitan bakteria daripada air kencing ,najis dan hingus haiwan.
iv- penyakit  zoonosis  yang boleh membawa maut.

 Penyakit yang dibawa oleh haiwan kesayangan


 2)PEMILIHAN HAIWAN KESAYANGAN

žKumpulan haiwan kesayangan
¡ Mamalia-> kucing,anjing,arnab,ferret dan hamster
¡ Unggas -> ayam,burung dan itik
¡ Reptilia -> kura-kura,iguana dan ular
¡ Ikan -> ikan emas ,ikan pelaga dan ikan flower horn
¡ Amfibia -> katak dan salamander


Bobo 

Selamanya Bersahabat :-)

Ikan peliharaan saya.....ASMARA...B-)

Eeeeerrrrr...takut....Si Momo


Kriteria pemilihan haiwan kesayangan
                             
o Pemilik mempunyai minat yang mendalam.
o Kos pembelian- kemampuan kewangan pemilik.
o Masa – untuk menguruskan haiwan.
o Haiwan mudah dijaga oleh orang lain semasa pemilik tiada.
o Jenis dan saiz yang mengikut kesesuaian pemilik.
o Haiwan yang kurang membawa kepada penyakit dan tidak mudah dijangkiti penyakit

Sifat pemilik haiwan kesayangan :

  ž Pemilik hendaklah seorang yang bertangungjawab dan menganggap haiwan  peliharaan seperti ahli keluarga.

Perkara yang perlu dimiliki oleh pemilik haiwan pemeliharaan:

Memberi makanan yang sesuai dan berkhasiat.
o Air minuman yang bersih.
o Sediakan perumahan yang sesuai untuk haiwan kesayangan.
o Memberi suntikan pelalian bagi mencegah penyakit.
o Mencegah dan merawat haiwan daripada jangkitan penyakit parasit.
o Sediakan keperluan riadah atau interaksi.
o Memandikan dan mendandan
o Sedia dan berikan penjagaan veterinar.